Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PLATFORM BANTU NETIZEN PILIH WAKIL RAKYAT – PPIM – SAMUDERA.MY – 04/11/2022
05 Nov 2022

KUALA LUMPUR, 04 November 2022 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menyediakan sebuah platfom khas bagi melibatkan peranan netizen dan rakyat khususnya para pengundi dalam menilai setiap calon yang bertanding dalam PRU-15 ini.

Ini berikutan terlalu banyak rungutan dan sungutan rakyat mengenai prestasi dan sikap wakil-wakil rakyat yang telah dipilih selama ini. Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau Toqqi, menyedari hakikat ini maka PPIM terpanggil untuk menyediakan satu platform khusus untuk membolehkan rakyat menyuarakan rungutan dan sungutan mereka itu secara dalam talian.

Dengan ini, maka keterlibatan rakyat dalam memberikan pendapat mereka akan menjadi lebih berkesan dan bukan setakat membuang undi sahaja.

Platform ini akan membolehkan setiap calon dipantau dan dinilai tahap kelayakan mereka untuk mewakili dan membela rakyat di kawasan yang mereka tandingi.

Semua ahli-ahli Yang Berhormat dan bakal-bakal ahli Yang Berhormat tidak akan terkecuali dari dinilai termasuk Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri, malah Perdana Menteri serta Timbalannya sekali dan mereka juga tidak bebas dari sebarang teguran dan keluhan rakyat dari pelbagai lapisan.

Tambah Nadzim, melalui platform ini juga, pelbagai pihak NGO juga menapis setiap wakil rakyat yang bertanding agar mereka dipastikan bebas dari kelakuan yang tidak bermoral dan tidak berakhlak baik.

Melalui platform ini juga syor dan rekomendasi calon terbaik juga akan diberikan melalui sistem pemarkahan yang adil.

Pihak NGO juga mengharapkan agar rakyat membuka mata dan tidak membuat kesilapan dalam pemilihan wakil rakyat akan datang.

PPIM bersama semua NGO mengambil pendirian menyokong calon-calon yang daripada kumpulan mereka yang berwibawa dan berintegriti tanpa mengira parti mengikut penilaian PPIM sendiri.

Nadzim juga meminta rakyat supaya menggunakan hak mereka sebagai pengguna yang bijaksana.

Artikel oleh: Samudera.my

PLATFORM BANTU NETIZEN PILIH WAKIL RAKYAT – PPIM

https://www.samudera.my/memilih-wakil-rakyat-bukan-wakil-parti-toqqi/