Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PODCAST PPIM | PENINDASAN LUAR BIASA BANK-BANK TEMPATAN – PPIM – 06/01/2026
06 Jan 2026

6 Januari 2026 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerusi satu sesi podcast telah membincangkan isu penindasan sistem perbankan yang dilihat semakin membebankan pengguna, khususnya golongan rakyat biasa.

Podcast yang diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi ini turut menampilkan Peguam En Nizam Bashir serta individu yang tampil berkongsi pengalaman sebenar sebagai mangsa sistem kewangan.

Antara isu utama yang dibangkitkan termasuk amalan tidak adil institusi perbankan, eksploitasi tempoh moratorium, faedah kompaun yang membebankan serta kes-kes ekstrem seperti kebankrapan akibat menjadi penjamin, lelongan rumah warga emas dan hutang yang terus meningkat walaupun bayaran telah dibuat bertahun-tahun.

Perbincangan turut menyentuh isu rekod kredit seperti CTOS serta keperluan kepada konsep “hak untuk dimaafkan” (right of forgiveness) agar pengguna tidak dihukum sepanjang hayat akibat kesilapan kewangan lampau.

Justeru itu, PPIM menyeru rakyat agar bersatu menggunakan kuasa pengguna, termasuk tindakan boikot terhadap institusi yang bersikap angkuh dan menindas. Pendidikan kewangan serta bantuan perundangan juga ditekankan sebagai langkah penting bagi melindungi hak pengguna.

PPIM berharap pihak berkuasa, khususnya Bank Negara Malaysia, dapat memperkukuh kawal selia institusi kewangan demi memastikan keadilan, ketelusan dan kebajikan rakyat terus terpelihara.