Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPDNKK RAMPAS BERBOLA IKAN GUNA DUA JENAMA – KOSMO – 6/2/2017
06 Feb 2017

KOSMO 6.2.2017

ALOR SETAR – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri membuat pemeriksaan mengejut ke atas sebuah premis memproses bebola ikan di Mergong disini semalam.
Pemeriksaan pada pukul 11 pagi itu dibuat selepas produk makanan tersebut viral di Facebook dan WhatsApp kerana didakwa menggunakan dua jenama berbeza sedangkan tulisan dan warna adalah sama.
Dua jenama yang digunakan adalah Kak Su dan Hong Seng Fish Products Sdn. Bhd. Yang didakwa mengelirukan pengguna.
Pengarahnya, Mohamad Fitri Hassan berkata, hasil pemeriksaan mendapati pemilik permis melakukan dua kesalahan membabitkan isu pelabelan dan penggunaan alat timbang dan sukat tidak sah.
“ kita dapati tiada label berat atau kuantiti pada bungkusan bebola ikan selain permis menggunakan alat timbang dan sukat yang tidak sah,” katanya pada sidang akhbar di PPDNKK Kedah di sini semalam.
Kata beliau, pihaknya menahan pemilik permis berusia 50-an dab empat pekerja terdiri daripada dua pekerja tempatan dan dua Bangladesh untuk diambil keterangan.
‘kita turut merampas sebanyak 204 peket bebola ikan dan alat timbang elektronikbernilai RM 800,” ujarnya.
Dua kesalahan itu disiasat dibawah Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan2011 dan Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat 1972.
Menurut Mohamad Fitri, premis tersebut juga telah diarah tutup selama 14 hari oleh Kementerian Kesihatan bagi kerja-kerja pembersihan