Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM AGIHKAN 30,000 BAKUL MAKANAN – WACANA.MY – 06/06/2021
08 Jun 2021

KUALA LUMPUR, 6 Jun —  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sentiasa berusaha sedaya upaya dalam membantu mereka yang memerlukan.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dikuatkuasakan Mac tahun lalu, lebih 30 ribu pek bantuan makanan diedarkan kepada mereka yang memerlukan

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata mereka yang menerima bantuan adalah dari golongan asnaf, asnaf mualaf, anak yatim, ibu tunggal, warga emas, golongan miskin Bandar (B40), pusat tahfiz, dan petugas barisan hadapan (frontliner).

Kotak makanan turut dikongsi bersama barisan hadapan

” InshaAllah pada tahun ini, kami mensasarkan untuk menyampaikan bantuan kepada 400 keluarga sehari melalui kerjasama pelbagai pihak di seluruh negara,” ketika dihubungi hari ini.

Misi yang dikelolakan oleh Unit Kebajikan PPIM (UKPPIM) itu akan mengagihkan bekalan makanan kepada pemohon tanpa mengira bangsa dan agama.

Semalam PPIM menyerahkan 200 kotak bekalan makanan kepada Persatuan Kebajikan Anak Kami untuk diagihkan kepada pemohon dari golongan yang terkesan akibat wabak Covid-19 sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Kotak makanan oleh PPIM kepada NGO Anak Kami

“Ini adalah serahan kedua kepada NGO ini dimana kali pertama kami menyerahkan 150 kotak makanan pada bulan Ramadan baru-baru ini,” katanya.

Timbalan Pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Kami, Ku Noor Ammarah Ku Amir berkata persatuan itu merancang untuk meluaskan kawasan bantuan sehingga ke negeri Johor dengan kerjasama NGO disana.

” Kami bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk PPIM, Yayasan CIMB dan Kembara Kitchen bagi menjayakan program bakul makanan ini, kami berharap lebih ramai lagi pihak yang akan tampil menghulurkan bantuan,” katanya kepada Wacana.my hari ini.

Artikel oleh: Wacana.my

PPIM AGIHKAN 30,000 BAKUL MAKANAN

https://wacana.my/ppim-agihkan-30000-bakul-makanan/