Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM ANJUR FORUM KERJASAMA EKONOMI KONGSI KEHEBATAN ZAKAT – SINAR HARIAN – 9/11/18
09 Nov 2018

Sinar ( forum kerjasama ekonomi ) 9.11.18

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menganjurkan Forum Kerjasama Ekonomi bertujuan menyediakan platform untuk usahawan memasarkan produk mereka.

Forum bertemakan ‘Zakat Rahsia Perniagaan Berjaya’ itu bakal dihadiri lebih 300 usahawan dan 20 pameran produk serta perkhidmatan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, forum julung kali diadakan itu mendapat sambutan usahawan berjaya seperti pemilik rangkaian Restoran Ali Maju, Datuk Jawahar Ali, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan beberapa nama besar dalam dunia perniagaan.

“Forum ini turut mendapat sokongan oleh Menteri Pembanguna Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Mohd yang dijangka merasmikannya,” katanya.

Nadzim berkata kehadiran adalah percuma dan terbuka kepada usahawan yang berminat berkongsi rahsia kejayaan dalam perniagaan.

“Kami turut menggalakkan usahawan membayar zakat bagi memastikan kelangsungan dan keberkatan perniagaan mereka, ” katanya.

Forum dijayakan bersama Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan ini, akan mengetengahkan kepentingan zakat, keberkatan serta kelebihanya untuk perniagaan.

 

Artikel oleh : Sinar Harian

PPIM ANJUR FORUM KERJASAMA EKONOMI KONGSI KEHEBATAN ZAKAT