#BuletinBernama : Aplikasi YAKIN, sebuah platform gaya hidup Muslim yang dibangunkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, PPIM, dilihat mampu membantu pengguna mengenal pasti perkhidmatan yang mengelirukan dan bersifat penipuan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, aplikasi yang dibangunkan bersama Crescent Digital Sdn Bhd itu akan membantu pengguna untuk lebih berwaspada sebelum menjalankan sebarang urusan, bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
Sumber: Bernama TV
PPIM BANGUNKAN APLIKASI YAKIN, BANTU KENAL PASTI PERKHIDMATAN MENGELIRUKAN