Satu sidang media berkenaan forum ini telah diadakan di Auditorium Tingkat 20, Universiti Tun Abdul Razak, pagi tadi.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, forum ini mensasarkan seramai 300 peserta dan akan disiarkan secara langsung di TV Bernama.
Matlamat forum ini adalah bagi mendesak pihak berwajib mengkaji semula permasalahan yang terlepas pandang terhadap pengguna.
Selain itu, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Hamzah Zainudin akan merasmikan forum ini, turut beliau lagi dalam sidang media tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila tonton video dibawah :
Sempena forum ini juga, beberapa anugerah khas akan diberikan kepada organisasi-organisasi yang dilihat prihatin terhadap pengguna.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi sekretariat PPIM di talian:
Pejabat: 03-404700414
Hotline: 019-9130000
Media Sosial