PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kelab Gempur Rimba Extrem (KGRX) tampil membantu penduduk Selising, Pasir Puteh yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan musibah banjir baru-baru ini.
Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri berkata, misi bantuan kemanusiaan itu mendapat kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Tuan Saripudin Tuan Ismail dan berjaya menyantuni 400 penduduk di beberapa kampung. Turut disantuni dan menerima sumbangan itu ialah para petugas barisan hadapan Covid-19.
“Sumbanagan dalam bentuk bakul makan, peralatan elektrik, kasut sekolah, telekung dan al-Quran dengan peruntukan RM50,000 itu diharapkan mampu meringankan bebanan penerima,” katanya.
Antara penaja utama termasuklah Insyirah Group, Gerbang Sumbangan Sdn. Bhd., Rela Daerah Gombak, Persatuan Usahawan Wanita dan Keusahawanan Agro (WeAgro), Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Icon Production Sdn. Bhd. & Satria Intelligence Agency Sdn. Bhd.
Artikel oleh: Utusan Malaysia
PPIM BERAMAL MEMBANTU ASNAF DI SELISING