Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM BERSAMA TIGA DOKTOR FAILSEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KKM – MALAKAT TRIBUNE – 28/04/2021
28 Apr 2021

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama tiga doktor memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk mengarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjawab surat berhubung virus Covid-19.

Permohonan secara sebelah pihak (ex-parte) itu difailkan melalui Tetuan Rizal Abdullah & Co di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dengan menamakan Kerajaan Malaysia, KKM dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Empat individu selaku pemohon itu ialah Bendahari PPIM, Tengku Faedzah Raja Fuad, Dr. Hafiz Sulaiman, Dr. A.Roland Victor dan Dr. Sani Ashari.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh, pemohon-pemohon mendakwa mereka terkesan daripada tindakan responden-responden terutamanya responden ketiga yang enggan menjawab kepada pertanyaan yang dibangkitkan oleh pemohon pada satu surat yang ditulis pada 20 Januari 2021.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, pihaknya mengenengahkan isu berkenaan kerana ia penting bagi mendapatkan jawapan daripada KKM.

“PPIM menghantar surat berkenaan Januari lalu tetapi sehingga ke hari ini, tiada respon daripada KKM. Kita hanya minta jawapan dan bukan minta duit ou, sepatutnya ia dijawab,” katanya ketika ditemui diperkarangan Mahkamah semalam.

Menurut Nadzim, antara isi kandungan surat itu ialah kaedah pengenalpastian Covid-19, pengendalian pembelian vaksin, penggunaan lain-lain jenis perubatan Covid-19 serta penutupan dan had kehadiran masjid.

Selain itu, pemohon juga mengatakan hak asasi dan harapan yang sah sebagai individu dan rakyat Malaysia yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan selain hak-hak di bawah Perlembagaan Persekutuan terutamanya kebebasan untuk bercakap dan bersuara di bawah artikel 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Justeru kesemua pemohon memohon suatu perintah mandamus untuk mengarahkan responden ketiga menjawab surat yang dihantar oleh pemohon pertama pada 20 Januari lalu bagi tujuan menjelaskan dan memperincikan secara menyeluruh isu-isu berhubung Covid-19 di Malaysia.

Mereka juga memohon suatu perintah, bahawa responden-responden adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada pemohon-pemohon berkenaan dengan isu-isu yang dibangkitkan.

Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM BERSAMA TIGA DOKTOR FAILSEMAKAN KEHAKIMAN TERHADAP KKM

https://www.malakattribunenews.com/2021/04/ppim-bersama-tiga-doktor-fail-semakan-kehakiman-terhadap-kkm/