Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM CADANG HUKUMAN LEBIH BERAT – BERITA HARIAN – 28/3/2017
28 Mar 2017

WhatsApp Image 2017-03-28 at 11.56.14 AM

Kuala Lumpur : Hukuman lebih berat perlu dikenakan ke atas pengeluar, pengedar dan penjual produk kesihatan palsu yang dikatakan kini berlambak di pasaran.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak seharusnya berkompromi dengan mereka yang terbabit dalam industri ini kerana pihak yang rugi adalah pengguna.

” Bukan setakat siasat dan rampas barangan, malah pengeluar, pengedar dan penjual perlu dikenakan hukuman yang lebih berat jika terbukti bersalah.

” Hukuman denda wang tunai tidak ¬†menjadi halangan kerana mereka boleh membayarnya. Saranan saya biarlah hukuman itu dalam bentuk denda dan penjara, mungkin ia mampu menginsafkan pesalah,” katanya mengulas pendedahan BH berhubung cecair Stevia palsu, semalam.

Nadzim berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab syarikat berkenaan amat dasyat dan menyedihkan. lebih-lebih lagi kerana menipu pengguna yang mahu memulihkan pernyakit mereka.

” Pengguna membeli stevia untuk sihat tetapi pernyakit mereka bertambah parah apabila menggunakannya. Ini bukan sahaja stevia, malah banyak kes madu lebah palsu turut diadukan kepada PPIM. Apabila kita siasat ia adalah gula semata-mata, bukan madu asli seperti didakwa.

” Bagi pesakit diabetes, ia amat berbahaya kerana mereka tidak boleh mengambil gula sesuka hati kerana ia boleh memudaratkan,” katanya.

Justeru, beliau berharap kementerian memandang lebih serius penjualan produk kesihatan palsu berkenaan dan jika boleh jangan benarkan langsung berada di pasaran Malaysia.