Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM DESAK INDIVIDU DERA REMAJA OKU DIDAKWA – SINAR HARIAN – 13/07/2021
14 Jul 2021

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak polis menyiasat segera kes seorang remaja perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) dan mendakwa suspek di mahkamah.

Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu dan disifatkan sebagai zalim.

“Kita berharap mangsa mendapat pembelaan sewajarnya dan suspek perlu segera dibawa ke muka pengadilan,” katanya pada sidang akhbar melalui Zoom Meeting pada Selasa.

Nadzim berkata, pihaknya juga sedih melihat kesan luka pada tubuh mangsa berusia 13 tahun itu berdasarkan foto yang dikongsikan kepada PPIM.

“Kita akan terus memberi sokongan sepenuhnya terhadap mangsa dalam

menuntut keadilan yang sewajarnya dan bersikap terbuka untuk menghulurkan bantuan diperlukan kepada mangsa,” katanya.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan polis sedang melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes penderaan remaja perempuan tersebut di sebuah rumah penjagaan di Wangsa Maju.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusof berkata, pihaknya telah merakam keterangan beberapa individu termasuk pengasas rumah penjagaan itu.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Pada 6 Julai polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan berkaitan kes penderaan itu.

Saiful Annuar dalam kenyataan memaklumkan, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 24 Jun lalu.

Mangsa adalah OKU sindrom down mengalami kesan melecur di dada, tangan, leher dan paha serta kesan luka di bahagian badan lain.

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM DESAK INDIVIDU DERA REMAJA OKU DIDAKWA

https://www.sinarharian.com.my/article/149817/BERITA/Semasa/PPIM-desak-individu-dera-remaja-OKU-didakwa