Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM Gesa Pasukan Khas Banteras Penipuan Pinjaman Tidak Wujud – Bernama – 29/9/17
29 Sep 2017

Snapshot

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa menubuhkan satu pasukan khas untuk membanteras penipuan pinjaman wang tidak wujud melalui iklan di laman sosial.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pasukan itu perlu disertai Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk bersama menyekat iklan di laman sosial dan menahan mereka yang terlibat dalam sindiket terbabit.

“Jika dahulu, peminjam wang tidak berlesen (Ah long) harus membayar ‘bunga’ yang tinggi, tetapi kali ini mereka memperdaya mangsa untuk membayar puluhan ribu yang kononnya sebagai yuran proses pinjaman itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun mangsa telah membayar pelbagai caj yang diminta, namun pemohonan mereka masih tidak mendapat kelulusan dan disyaki tidak wujud.

Katanya, sindiket itu dipercayai memperdaya mangsa dengan memaparkan logo Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bank menyebabkan mangsa yang terdesak memerlukan wang percaya dengan iklan yang dipaparkan.

 

http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1395507