Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM GESA PENYEDIA PLATFORM MEDIA SOSIAL PATUH CPC, RMC – BERITA HARIAN – 02/06/2026
05 Jun 2026

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa penyedia platform media sosial mengambil tindakan proaktif dalam memastikan pematuhan penuh terhadap keperluan Kod Perlindungan Kanak-kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC).

Ia termasuk mempercepatkan pelaksanaan sistem pengesahan umur serta memperkukuh cara kerja keselamatan pengguna media sosial seperti Tiktok, Facebook dan Instagram.

PPIM dalam kenyataan hari ini menekankan kepentingan keterjaminan dan keselamatan data peribadi dalam pelaksanaan serta berharap dilaksanakan berpandukan standard perlindungan yang tinggi.

“PPIM akan terus memantau perkara ini dari semasa ke semasa demi memastikan hak pengguna sentiasa terpelihara.

“Langkah ini dilihat sebagai usaha dasar yang lebih tersusun bagi mengimbangi antara akses teknologi dan perlindungan pengguna, khususnya golongan muda memandangkan kes jenayah dan manipulasi digital yang semakin meningkat hari ini.

“Kami berpendapat bahawa pendekatan mewajibkan pengesahan identiti serta mengehadkan akses kepada pengguna bawah 16 tahun adalah langkah yang wajar dalam usaha mengurangkan risiko seperti penipuan dalam talian, gangguan siber serta pendedahan kepada kandungan tidak sesuai.

“Kami juga melihat pengenalan CPC dan RMC sebagai satu perkembangan positif ke arah meningkatkan kebertanggungjawaban penyedia platform digital, termasuk dari aspek kawalan kandungan dan keselamatan sistem,” katanya.

PPIM menegaskan perlindungan pengguna memerlukan pendekatan menyeluruh, termasuk pendidikan, pemantauan berterusan dan kerjasama semua pihak.

“Kami menyambut baik pelaksanaan syarat pengesahan umur bagi pembukaan akaun media sosial yang mula berkuat kuasa semalam sebagai satu langkah ke hadapan dalam memperkukuh keselamatan pengguna di ruang digital.

“PPIM berharap pelaksanaan dasar ini akan dilaksanakan secara telus, praktikal serta memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Artikel oleh: Berita Harian

PPIM GESA PENYEDIA PLATFORM MEDIA SOSIAL PATUH CPC, RMC

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/06/1566359/ppim-gesa-penyedia-platform-media-sosial-patuh-cpc-rmc