Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM GESA SIASATAN, TINDAKAN TEGAS ELAK KEBAKARAN BERULANG – MALAYSIA TRIBUNE – 03/04/2025
05 Apr 2025

SUBANG JAYA – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi, menyuarakan kebimbangan terhadap aktiviti pengorekan tanah yang dipercayai menjadi punca kebakaran di Putra Heights baru-baru ini.

Menurut Toqqi, insiden tersebut harus dijadikan iktibar bagi memastikan perkara serupa tidak berulang di lokasi lain.

Beliau menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan menyeluruh serta mengambil langkah pencegahan yang lebih ketat terhadap sebarang aktiviti yang berisiko mencetuskan kebakaran.

“Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda, tetapi juga menjejaskan kehidupan ramai mangsa.

“Sebuah keluarga dengan sembilan orang ahli turut terkesan akibat kebakaran ini. Ini menunjukkan betapa besarnya impak yang boleh berlaku jika aspek keselamatan tidak dititikberatkan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau turut menekankan kepentingan pengawasan yang lebih ketat terhadap aktiviti pembangunan, terutama yang melibatkan infrastruktur bawah tanah.

“Kita perlu sentiasa berwaspada kerana sekali insiden seperti ini berlaku, kesannya sangat besar kepada masyarakat. Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera agar kejadian seperti ini tidak berulang,” tambahnya.

Katanya, PPIM berharap langkah pencegahan yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin dan kejadian serupa dapat dielakkan di masa hadapan.

Artikel oleh: Malaysia Tribune

PPIM GESA SIASATAN, TINDAKAN TEGAS ELAK KEBAKARAN BERULANG

https://malaysiatribune.news/berita-semasa/ppim-gesa-siasatan-tindakan-tegas-elak-kebakaran-berulang/