Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama gabungan NGO menyerahkan satu notis memorandum berkaitan Akta 342 kepada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi di di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata memorandum itu bertujuan untuk meminta kerajaan supaya mengambil kira kepentingan rakyat sebelum menggubal semula Akta 342 ini.
Sementara itu, Nadzim juga menghantar aduan yang mewakili 200 doktor yang menyatakan rasa tidak senang terhadap perkara yang berlaku ketika ini antaranya isu vaksin.
Artikel oleh: Kini TV
PPIM JUMPA ZAHID, SERAH MEMORANDUM BANTAH PINDAAN AKTA 342