Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2775) PPIM KESAL ANJING JADI HAIWAN PELIHARAAN – UTUSAN MALAYSIA – 28/5/16
30 May 2016

uuuttttu

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Muhammad Yusuf Azmi berkata, anjing sepatutnya dipelihara untuk tujuan perburuan atau menjaga keselamatan bukan sebagai haiwan kesayangan.

“Tanpa segan silu atau rasa bersalah umat Islam ini berkongsi di halaman-halaman sosial seperti Facebook, Instagram dan video You Tube gambar-gambar mereka sedang memeluk, mendukung, membelai, mengusap dan mencium anjing-anjing yang sebenar­nya diharamkan kepada kita untuk memegang haiwan tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas, antara aduan yang banyak diterima oleh PPIM daripada orang ramai mengenai semakin ramai umat Islam yang didapati memelihara dan meme­gang anjing.

Muhammad Yusuf berkata, menyayangi dan mengasihi kesemua jenis haiwan termasuk anjing adalah digalakkan dalam ajaran Islam namun umat Islam mengetahui dengan jelas mengenai hukum hakam membabitkan haiwan tersebut.

“Tetapi generasi muda hari ini, kononnya hendak menunjukkan mereka adalah lebih terkehadapan, lebih penyayang, lebih prihatin dan sebagainya mereka sanggup membelakangkan hukum.

“Tanpa ada sebarang tujuan yang qat’i atau pasti, mereka membelai anjing seperti membelai kucing, sedangkan hukumnya haram menyentuh anjing sama ada dalam keadaan basah dan ke­ring,” katanya.

Menurutnya, walaupun ada yang menggunakan alasan akan melakukan sertu atau samak selepas memegang anjing namun sejauh mana tindakan itu telah dilakukan tiada siapa yang tahu.

“Laratkah setiap kali mereka menyentuh anjing, mereka akan melakukan sertu iaitu membasuh dengan menggunakan enam kali jirusan air tanah dan sekali menggunakan air biasa,” katanya.

Beliau meminta agar umat Islam mematuhi ajaran dan peraturan agama yang tidak membenarkan anjing menjadi binatang kesayangan, yang dibela dan di­simpan di dalam rumah.

Sumber : http://ift.tt/1TRVBfh

Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/