Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM KESAL TERESA KOK TIDAK FAHAM ISLAM TAPI MAHU JADI USTAZAH – TV PERTIWI – 12/09/2024
12 Sep 2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kesal dengan kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Teresa Kok yang dilihat sengaja mencampuri urusan umat Islam.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata Teresa tidak mempunyai pengetahuan tentang agama Islam dan tidak layak mengulas industri halal negara.

“Teresa tidak faham Islam dan kemudian beliau mahu menjadi ustazah. Mana tahu kita doakan beliau terbuka pintu hati.

“Kita pelik bagaimana wakil rakyat yang tidak ada sebab, mengatakan perkara ini memalukan negara. Saya tidak nampak sebab itu pun.

“Kalau semua orang tidak nampak sebab, beliau ini tidak bijak atau pun ada hasrat yang tidak betul,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Nadzim mengulas kenyataan Teresa yang mendakwa cadangan mewajibkan pensijilan halal sesuatu yang menyusahkan dan memalukan negara.

Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh semalam memberi keterangan kepada pihak polis susulan kenyataannya mengundang rasa kurang senang sebahagian umat Islam.

Mengulas mengenai cadangan mewajibkan pensijilan halal oleh Datuk Mohd Na’im Mokhtar, Nadzim berkata ia masih di peringkat cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Katanya, kenyataan Teresa sangat naif melambangkan pengetahuan dangkal Naib Pengerusi DAP itu terhadap industri halal dalam negara.

“Beliau membawa satu cerminan orang-orang dalam kumpulannya sebab apa yang disuarakannya tidak masuk akal. Tidak masuk akal sebab tiada paksaan.

“Menteri baru sebut. Kalau mahu ikut, tiada paksaan. Kalau tidak mahu gunakan forum yang betul. Hari ini beliau sudah mencetuskan keadaan lebih buruk.

“Kita perlu mendidik wakil rakyat ini supaya faham. Kalau orang lain tidak faham boleh dimaafkan tetapi wakil rakyat perlu bijak,” katanya.

Artikel oleh: TV Pertiwi

PPIM KESAL TERESA KOK TIDAK FAHAM ISLAM TAPI MAHU JADI USTAZAH

https://tvpertiwi.com/2024/09/11/ppim-kesal-teresa-kok-tidak-faham-islam-tapi-mahu-jadi-ustazah/