Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM KONGSI REZEKI DENGAN BEKAS ATLET KEBANGSAAN – KENYATAAN MEDIA PPIM – 16/04/2022
17 Apr 2022

Sejak negara dilanda wabak COVID-19 pelbagai pihak semakin terkesan khususnya dari segi kewangan dan kesinambungan kehidupan.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) telah mengenalpasti 3,000 orang bekas atlet negara yang bakal menerima sumbangan dari PPIM dan rakan strategik PPIM.

Hari ini, PPIM, Yakeb dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyampaikan bantuan kepada 25 orang wakil kepada 500 orang bekas atlet kebangsaan di sekitar Lembah Klang.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata sumbangan yang disampaikan hari ini adalah hasil kerjasama PPIM dan YaPEIM bagi memastikan bekas atlet negara turut dapat bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

“PPIM bukan sebuah entiti perniagaan, namun dengan kerjasama sama rakan strategik kami termasuk badan-badan kerajaan, agensi kerajaan dan badan korporat serta individu persendirian, PPIM yakin semua rakyat Malaysia boleh dibantu dan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa,” katanya.

Tambah Nadzim lagi, PPIM sentiasa mengalu-alukan lebih ramai rakan strategik dan individu yang sudi menyumbang bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan.

Dalam majlis hari ini, seramai 500 orang bekas atlet kebangsaan menerima bantuan berupa Bungkusan Kecerian Aidilfitri dan wang tunai sebanyak RM350 setiap seorang bagi menceriakan sambutan Aidilfitri mereka.

PPIM turut menerima sumbangan kerusi roda untuk diagihkan kepada rakyat yang memerlukan selain membuka peluang kerjasama kepada seluruh warga Malaysia untuk turut menyertai badan bukan kerajaan itu untuk membantu mengenalpasti rakyat Malaysia yang memerlukan dan menyampaikan bantuan kepada mereka. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Pengerusi Yapeim, Dato’ Haji Mohd Redza Shah Bin Abdul Wahid.

Dalam majlis hari ini, seramai 500 orang bekas atlet kebangsaan menerima bantuan berupa Bungkusan Kecerian Aidilfitri dan wang tunai sebanyak RM350 setiap seorang bagi menceriakan sambutan Aidilfitri mereka. PPIM turut menerima sumbangan kerusi roda untuk diagihkan kepada rakyat yang memerlukan selain membuka peluang kerjasama kepada seluruh warga Malaysia untuk turut menyertai badan bukan kerajaan itu untuk membantu mengenalpasti rakyat Malaysia yang memerlukan dan menyampaikan bantuan kepada mereka.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Pengerusi Yapeim, Dato’ Haji Mohd Redza Shah Bin Abdul Wahid.