Putrajaya – Satu mesyuarat telah diadakan di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar), Zamri Salleh bersama-sama Ketua Aktivis PPIM, Toqqi, Biro Undang-Undang PPIM, Hishamuddin Hashim, Aktivis Kanan PPIM, Muhammad Zharif Johor dan beberapa wakil pemilik kedai di Ampang Galaxy bermula jam 10 pagi.
Mesyuarat ini diadakan rentetan dari isu penindasan pihak pengurusan Galaxy Ampang terhadap Persatuan Peniaga Galaxy Ampang (PPGA) yang melibatkan lebih 60 pemilik kedai.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama beberapa wakil pemilik telah hadir membangkitkan isu penipuan yang dilakukan oleh pengurusan Ampang Galaxy sejak tahun 2014 lagi dan menggesa pihak berwajib melihat perkara ini dengan lebih teliti dan telus.
Kesemua pemilik berharap supaya kedai mereka dapat dibuka semula dan segala permasalahan yang timbul tidak berulang lagi untuk masa akan datang.
Ikuti video FB LIVE di https://www.facebook.com/muslimconsumer4u/videos/vb.200137296705417/1595612380491228/?type=3&theater