Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kejadian pengeboman di ibu kota komersial Colombo Sri Lanka.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan menyifatkan perbuatan pengganas puak pelampau itu amat zalim dan harus ditentang.
” Tindakan itu tidak berkeperimanusiaan dan tidak sepatutnya berlaku di mana-mana negara atas apa alasan sekalipun,” katanya dalam sebuah kenyataan disini, hari ini.
Tambah Nadzim lagi, kejadian yang dikatakan sebagai tindak balas atas tembakan rambang di Christchurch itu sebenarnya tidak sedikit pun mencerminkan ajaran Islam yang sebenar malah ia menyusahkan umat Islam sedunia.
Nadzim berkata pengeboman yang kononnya membalas dendam itu sebenarnya meningkatkan kebencian terhadap Islam.
” Perbuatan kumpulan pengganas itu tidak mewakili umat Islam dan kami mengutuk perbuatan zalim terhadap mangsa yang tidak berdosa,” katanya.
Ahad lalu, Satu siri letupan menggegarkan beberapa lokasi di Colombo, ibu negara Sri Lanka pada 8.30 pagi waktu tempatan.
Serangan ke atas Kochikade Church, Katuwapitiya Church, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan St Barnabas Church in Batticaloa itu mengorbankan lebih 350 orang termasuk warga asing.
Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60192199052 Terima Kasih. [TAMAT]