Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM MAHU USAHAWAN IKS BUMIPUTERA AMBIL KESEMPATAN KONVENSYEN IN4TEC – PPIM – 23/09/2019
23 Sep 2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu semua penggiat Industri Makanan dan Minuman (F&B) agar menghadiri Konvensyen IN4TEC 2019.

Konvensyen yang bakal berlangsung pada 24 hingga 27 September 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) itu memperkenal program “digitalisation of farm to table process”.

Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama PPIM kerana menerusi program tersebut, usahawan kecil dan sederhana yang mana majoriti adalah dikalangan usahawan bumiputera, akan dapat memanfaatkan teknologi terkini dalam perniagaan mereka.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata umat Islam terutama golongan yang berniaga seharusnya mengambil kesempatan dengan peluang menimba ilmu di majlis-majlis seperti Konvenyen IN4TEC 2019.

“Kami juga meminta penganjur agar memberi peluang usahawan kecil dan sederhana terutama dari kalangan bumiputera untuk turut serta dengan menganjurkan program yang sesuai dengan golongan ini dan yuran yang berpatutan,” katanya.

Penganjur IN4TEC 2019 menyahut baik seruan tersebut dengan menawarkan 300 tiket percuma kepada mereka yang berminat menghadiri Konvensyen tersebut.

Untuk mendaftar, sila layari:

http://in4tec.my/daftartekun/