Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM minta atasi isu lokap kotor – Harian Metro – 18/8/2017
23 Aug 2017

Snapshot(3)

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta pihak berkuasa mengatasi isu lokap di negara ini yang kotor dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat tahanan atas faktor kemanusiaan.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima aduan daripada beberapa pihak yang melabelkan lokap di negara ini pada satu tahap yang begitu teruk dan tidak sesuai dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Katanya, ia perlu diperbetulkan kerana secara umumnya mereka yang ditahan belum dibuktikan bersalah dan tidak seharusnya ditempatkan di dalam satu ruang yang kotor serta diragui kebersihannya.

“Kita terima aduan ada yang tidak sampai hati untuk solat kerana keadaannya kotor serta berbau hancing dan sebagainya. Dalam kes ini, PPIM bersedia memberi kerjasama kepada polis dalam usaha memastikan isu ini selesai.

“Kita juga menyeru ada piawaian yang betul mengenai perkara ini. Tahanan di lokap juga perlu menjalankan tanggungjawab sebagai muslim dengan bersolat. Kalau dah tempat itu terlalu kotor, bagaimana,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/08/255180/ppim-minta-atasi-isu-lokap-kotor