Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM NAFI ADA HUBUNGAN DENGAN GABUNGAN E-HAILING MALAYSIA (GEM) – UTV MEDIA – 01/03/2026
02 Mar 2026

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2026 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tampil menjelaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan atau hubungan rasmi dengan Gabungan E-Hailing Malaysia (GEM).

Dalam satu kenyataan media hari ini, PPIM memaklumkan masih terdapat kekeliruan dalam kalangan segelintir pihak yang mengaitkan GEM dengan persatuan tersebut.

PPIM menegaskan bahawa GEM bukan gabungan di bawah naungannya dan tidak pernah mewakili PPIM dalam sebarang urusan atau aktiviti.

“Tiada sebarang hubungan rasmi antara PPIM dan GEM. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan mana-mana dakwaan yang menyatakan GEM berada di bawah PPIM,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, PPIM turut memaklumkan semakan terkini mendapati status pendaftaran GEM masih kekal sebagai pertubuhan yang tidak berdaftar, sebagaimana tahun lalu.

Menurut PPIM, berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, menjalankan aktiviti sebagai pertubuhan tanpa pendaftaran sah merupakan satu kesalahan.

Bagaimanapun, PPIM menegaskan pihaknya menghormati usaha mana-mana pihak dalam memperjuangkan kepentingan komuniti, namun penjelasan dibuat bagi mengelakkan salah faham serta implikasi pada masa hadapan.

Artikel oleh: UTV Media

PPIM NAFI ADA HUNBUNGAN DENGAN GABUNGAN E-HAILING MALAYSIA (GEM)

https://utvmediamalaysia.com/ppim-nafi-ada-hubungan-dengan-gabungan-e-hailing-malaysia-gem/