KUALA LUMPUR-Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan membantu membebaskan doktor gigi palsu seperti didakwa nitizen dimedia sosial. Ketua aktivisinya, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya terkejut menyifatkan dakwaan itu tidak berasas.
“PPIM tidak pernah menyokong atau mengiktiraf perbuatannya dan isu mungkin timbul akibat disalah erti orang ramai yang tidak memahami fakta sebenar” katanya semasa sidang media, semalam. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu didakwa membantu membebaskan gadis berkenaan serta mengumpul dana sehingga RM70,000 untuk membayar denda dijatuhkan Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, 29 Julai lalu. Katanya, usaha mengumpul dana seperti yang tular dimedia sosial juga tidak mempunyai kaitan dengan PPIM sebaliknya dilakukan Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PPEIM).
“Mungkin terdapat kekeliruan antara PPIM dan PPEIM. Kita hanya berperanan dan terbabit memberi khidmat nasihat kepada keluarga dan peguamnya yang hadir bertemu PPIM, selepas hukuman dijatuhkan. “PPIM tidak pernah meminta atau beri bantuan kewangan seperti didakwa malah usaha mengumpul dana dilakukan PPEIM”katanya.