Menurut Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan, perjumpaan tersebut merupakan sesi suai kenal dan penerangan ringkas dari Fingo Malaysia kepada PPIM. Tiada sebarang pengiktirafan dan kerjasama rasmi dimeterai.
“Mereka hanya datang ke PPIM sebagai pengadu dan kita hanya bersetuju membuat siasatan setakat ini sehingga habis siasatan baru ada keputusan. Namun, kita tidak pernah beri iktiraf atau persetujuan untuk bersama Fingo Malaysia.”- Toqqi.
Sekretariat PPIM & Pejabat Ketua Aktivis PPIM ingin mengingatkan semua pihak agar tidak memanipulasi atau menyalahgunakan gambar demi kepentingan tertentu.
Pengguna boleh melakukan semakan di laman web rasmi PPIM atau menghubungi hotline PPIM ditalian 019-3591000 bagi sebarang pengesahan mengenai pengiktirafan atau kerjasama antara PPIM dengan mana-mana pihak.