Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM Nafi Sebarang Pengiktirafan atau Kerjasama Bersama Fingo Malaysia
22 Dec 2019

Gambar yang digunakan oleh pihak tertentu dalam mempromosikan Fingo Malaysia dimedia sosial.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan, perjumpaan tersebut merupakan sesi suai kenal dan penerangan ringkas dari Fingo Malaysia kepada PPIM. Tiada sebarang pengiktirafan dan kerjasama rasmi dimeterai.

“Mereka hanya datang ke PPIM sebagai pengadu dan kita hanya bersetuju membuat siasatan setakat ini sehingga habis siasatan baru ada keputusan. Namun, kita tidak pernah beri iktiraf atau persetujuan untuk bersama Fingo Malaysia.”- Toqqi.

Sekretariat PPIM & Pejabat Ketua Aktivis PPIM ingin mengingatkan semua pihak agar tidak memanipulasi atau menyalahgunakan gambar demi kepentingan tertentu.

Pengguna boleh melakukan semakan di laman web rasmi PPIM atau menghubungi hotline PPIM ditalian 019-3591000 bagi sebarang pengesahan mengenai pengiktirafan atau kerjasama antara PPIM dengan mana-mana pihak.