Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM SAMBUT BAIK GUNA STANDARD DINAR NILAI ASAS MATA WANG – KENYATAAN MEDIA PPIM – 02/01/2024
03 Jan 2024

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan penggunaan dinar emas sebagai nilai standard asas rizab negara.

“Walaupun ia adalah sesuatu amalan yang praktikal dan adil, namun sejak 1971 ianya dihapuskan dan wujudlah apa yang dikenali sebagai mata wang Fiat yang tidak berasaskan apa-apa komoditi tetapi setakat disokong oleh negara pengeluar mata wang tersebut,” kata Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi.

Tambah beliau, penggunaan nilai standard dinar emas adalah lebih adil dan lebih stabil berbanding dengan dolar Amerika.

“Walaupun kaedah ini juga lebih awal telah disuarakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, namun ia amat sulit diamalkan kerana perdagangan antarabangsa dunia telah terlalu bergantung kepada tambatan nilai dolar Amerika,” ujar Toqqi lagi.

Menurut Nadzim, beliau percaya jika semua negara Islam yang kaya dengan sumber bumi yang berharga seperti minyak dan lain-lain galian serta komoditi memberi tekanan melalui kaedah sekatan bekalan, lambat-laun ekonomi-ekonomi gergasi dunia akan terpaksa tunduk kepada amalan yang lebih adil ini.

PPIM akan memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap usaha ini yang pasti akan memberikan kesan yang positif kepada ekosistem kepenggunaan di negara ini, khususnya kawalan kenaikan kos sara hidup yang semakin menekan,” katanya.