Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM SAMBUT BAIK KENYATAAN TIMBALAN YANG DIPERTUA MUIP – SAMUDERA.MY – 18/08/2021
18 Aug 2021

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2021 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut pendirian dan keterbukaan kenyataan YAM Tengku Panglima Raja Lt. Kol. Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al’Mustafa Billah Shah, SSAP, SIMP, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang mengenai keputusan hukum pengambilan vaksin Covid-19 di Negeri Pahang sebagai Harus (dibenarkan, bukan diwajibkan).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPIM, NGO itu amat bersetuju dengan pendirian YAM Tengku Panglima berhubung perkara bakal wujud gejala Medical Apartheid di kalangan masyarakat Islam akibat terpengaruh dengan kecenderungan diskriminasi perubatan.

“PPIM amat bimbang umat Islam kini sudah mula berpecah dan tiada persefahaman akibat kelemahan dan ketidakstabilan politik negara ditambah dengan keadaan negara yang masih tidak dapat melandaikan lengkungan wabak Covid-19 yang ternyata semakin meningkat dari sehari ke sehari.”

Justeru PPIM menggesa pihak-pihak penguasa lain bersama-sama memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan dilema ini.

Artikel oleh: Samudera.my

PPIM SAMBUT BAIK KENYATAAN TIMBALAN YANG DIPERTUA MUIP

]https://www.samudera.my/ppim-sambut-baik-kenyataan-timbalan-yang-dipertua-muip/