Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM SAMBUT BAIK KEPUTUSAN RAPATKAN SAF SOLAT JEMAAH DI MASJIID, SURAU – HARIAN METRO – 09/03/2022
11 Mar 2022

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengalu-alukan langkah kerajaan menghapuskan penjarakan sosial bagi jemaah di masjid dan surau seluruh negara.

Pengumuman Perdana Menteri itu mengembalikan sedikit suasana ceria di masjid dan surau terutama menjelang Ramadan pada April akan datang.

Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan @ Toqqi mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas keprihatinan terbabit.

“Bagaimanapun, tidak ada kenyataan atau arahan yang jelas berkenaan syarat keperluan vaksin Covid-19 atau suntikan tambahan vaksin sebagai syarat kebenaran memasuki masjid dan surau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nadzim berkata, PPIM mencadangkan Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan surau serta Jabatan Agama Negeri-Negeri mengambil kira kelonggaran ini sebelum menetapkan syarat yang tidak masuk akal.

“Permudahkanlah urusan umat Islam mahu menunaikan solat, jika bimbang dengan jangkitan virus Covid-19 itu, mungkin AJK masjid dan surau boleh sediakan laluan dan ruang solat yang berasingan untuk mereka yang tidak lengkap vaksin,” katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

PPIM SAMBUT BAIK KEPUTUSAN RAPATKAN SAF SOLAT JEMAAH DI MASJIID, SURAU

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/03/819129/ppim-sambut-baik-keputusan-rapatkan-saf-solat-jemaah-di-masjid-surau