Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM Saran Pengguna Bawa Bekas Sendiri Waktu Membeli-belah
03 Jan 2011

PPIM Saran Pengguna Bawa Bekas Sendiri Waktu Membeli-belah

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) — Bawalah raga dan beg daripada bahan kitar semula apabila mengunjungi pasar raya untuk membeli-belah untuk mengurangkan penggunaan beg plastik, demikian saranan Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

“Jumlah beg plastik yang dibuang oleh pengguna di negara ini dapat dikurangkan dan pada masa yang sama pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan,” katanya, sambil menambah beliau sendiri membawa raga ketika membeli-belah di pasar raya dan premis perniagaan lain.

Sambil menyatakan sokongan terhadap Kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu bermula semalam, Nadzim berkata beliau menganggarkan sejuta tan sampah terutamanya plastik dibuang oleh pengguna di Pulau Pinang.

“Bayangkan berapa banyak jumlah sampah yang boleh dikurangkan sekiranya perkara ini dilaksanakan secara berterusan,” katanya kepada Bernama.

Beliau mengambil contoh beberapa negara maju seperti Korea dan Jepun di mana golongan ibu yang mempunyai bayi menggunakan lampin yang boleh dibasuh berbanding di negara ini yang kebanyakannya menggunakan lampin pakai buang.

Dianggarkan tiga perempat daripada bahan buangan di negara ini adalah lampin pakai buang, katanya.

Beberapa pasar raya besar dan kedai Mesra Petronas melaksanakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap Sabtu bermula semalam. Pengguna yang ingin menggunakan beg plastik akan dikenakan caj 20 sen.

Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca) Prof Datuk Hamdan Adnan pula berkata premis perniagaan di negara ini seharusnya menggunakan bahan-bahan boleh dikitar semula seperti kain dan kertas sebagai bekas mengisi barang jualan.

“Dulu lagi patut ditukar kepada bahan yang mesra alam dan tak jadi masalah pun,” katanya.

— BERNAMA

Consumers Urged To Bring Recycled Bags When Shopping
KUALA LUMPUR, Jan 2 (Bernama) — Bring recycled bags and baskets when shopping at supermarkets to reduce plastic bag usage, urged Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) executive secretary Datuk Nadzim Johan.

“This will help consumers in Malaysia lessen the amount of plastic bags discarded as well as reduce pollution,” he said, adding that he himself brings a basket when out shopping.

While stating his full support for the “No Plastic Bags on Saturdays” campaign by several hypermarkets and Petronas Mesra convenience stores which started yesterday, Nadzim said he estimated that one million tonnes of garbage, especially plastic, was disposed of by consumers in Penang.

“Imagine how much trash we can reduce if this is implemented continuously,” he told Bernama.

Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) adviser Prof Hamdan Adnan said business premises in the country should also strive to use recyclable material such as cloth and paper to pack their merchandise.

“We should have switched to environmentally friendly material long ago,” he added.

— BERNAMA

Sumber : 
2) Sinar Harian 3 Januari 2011
3) http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=553755