Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM SASAR 60,000 PENIAGA KECIL JADI PEMBAYAR ZAKAT – UTUSAN MALAYSIA – 7/3/18
07 Mar 2018

Utussan ( PPIM sasar 60,000 peniaga jadi pembayar zakat ) 7.3.18

KUALA LUMPUR 6 Mac – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyasarkan sebanyak 60,000 peniaga kecil khususnya di Wilayah Persekutuan akan menjadi pembayar zakat dalam tempoh dua tahun akan datang.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya yakin sasaran tersebut dapat direalisasikan berikutan kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat (SPPZ) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) yang dijalankan sejak 15 Februari lalu mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan peniaga Islam.

“Rata-rata peniaga merasakan dengan membayar zakat akan mengurangkan hasil pendapatan mereka. Mentaliti inilah yang harus dibuang jauh-jauh dan sematkan dalam hati bahawa rezeki akan bertambah sekiranya berkongsi dengan orang lain.

“Kempen yang kita jalankan bersama PPZ-MAIWP ini sebagai satu langkah permulaan yang baik untuk mengubah ekonomi ummah supaya lebih cemerlang. Saya yakin dan percaya dengan amalan pembayaran zakat, hasil perniagaan lebih berkat,” katanya dalam sidang akhbar kempen SPPZ di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali dan Penasihat PPIM, Datuk Husainay Hashim.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, sekiranya para peniaga sedar akan tanggungjawab mereka sebagai pembayar zakat secara tidak langsung dapat mewujudkan satu masyarakat yang saling mengambil berat antara satu sama lain terutamanya kepada golongan asnaf.

 

Artikel Oleh : Utusan Malaysia

PPIM SASAR 60,000 PENIAGA KECIL JADI PEMBAYAR ZAKAT

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ppz-maiwp-dan-ppim-jalin-kerjasama-dalam-kempen-sspz-8232-8232-nurliyana-norhamizan-pix-8232-8232-kuala-lumpur-6-mac-pusat-pungutan-zakat-majlis-agama-islam-wilayah-persekutuan-ppz-maiwp-menjalin-kerjasama-dengan-persatuan-pengguna-islam-malaysia-ppim-bagi-menjayakan-kempen-sokong-peniaga-pembayar-zakat-sppz-yang-berlangsung-sehingga-15-mei-ini-1.621942