Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM SEDIA BANTU CARI PENYELESAIAN – HARIAN METRO – 17/05/2024
17 May 2024

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan cuba membantu keluarga mangsa yang menjadi buruan along agar mereka dapat dibebaskan daripada belenggu hutang.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi mengurangkan hutang Along yang dihadapi keluarga berkenaan.

Menurutnya, selain itu, PPIM juga akan menggunakan beberapa pendekatan untuk menyelamatkan mangsa daripada cengkaman Along.

“Mereka yang meminjam daripada Along selalunya berurusan secara senyap dan kebanyakkannya akan merahsiakan daripada diketahui orang.

“Perkara sebegini akan menyebabkan keluarga tidak mengetahui apa yang berlaku dan akhirnya akan memakan diri sendiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, masalah seumpama ini boleh dielakkan jika peminjam berbincang dengan keluarga dahulu supaya masalah ini tidak akan mengganggu kehidupan mereka pada masa depan.

Artikel oleh : Harian Metro

PPIM SEDIA BANTU CARI PENYELESAIAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1091314/ppim-sedia-bantu-cari-penyelesaian