Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2697) PPIM SERBU GERAI TELEFON BIMBIT – PERTAMA COMLEX – 23/4/16
23 Apr 2016

KLON

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerbu sebuah gerai telefon bimbit di sebuah pusat membeli belah di bandar ini selepas didapati menipu pengguna berkaitan urusan jual beli gajet berkenaan.

Aktivis PPIM, Mohamad Yusof Azmi berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berkaitan penjualan telefon bimbit klon yang dikatakan asli.

Beliau berkata, modus operandi pemilik gerai telefon itu adalah mempromosikan telefon bimbit asli kepada umum, namun menyerahkan kepada mangsa jenis klon apabila segala urusan pembayaran selesai.

“Malah, pada resit jual beli juga tidak mempunyai harga barangan terbabit dan cop syarikat juga tiada bertujuan mengelirukan mangsanya.

“PPIM menerima lebih 200 laporan sejak 2012 berkaitan penipuan telefon bimbit di pusat membeli belah itu dan tindakan yang diambil ini ada memastikan masalah itu tidak terus berlaku kepada orang ramai,” katanya, di sini, petang tadi.

sumber : http://ift.tt/1YKlsWk

Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/