KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menjunjung kasih dan menyokong tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mentitahkan semua papan tanda jalan yang mempunyai tulisan Cina diturunkan segera.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, titah Sultan Selangor itu adalah bertepatan dengan keadaan di negara ini masa kini.
“Perbuatan mereka yang bertanggungjawab menaikkan papan tanda berbahasa cina itu adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Nadzim, ahli politik di negara ini seharusnya lebih memfokuskan usaha membaiki dan mengukuhkan keharmonian kepelbagaian bangsa.
“Ahli politik seharusnya memikirkan dan berusaha mengeratkan hubungan sesama kaum dan bukannya terus menerus mencabar mana-mana kaum, bangsa atau agama,” katanya.
Nadzim turut mempertikaikan tindakan pihak berkuasa tempatan yang membenarkan pertukaran bahasa di papan tanda jalan tersebut.
“Jika tidak kerana Sultan bertitah, sampai bila mereka mahu terus mencabar? Apa yang mereka mahukan dari papan tanda berbahasa Cina itu”, soalnya.
Bayangkan di seluruh negara yang akan ada menggunakan puluhan bahasa etnik di seluruh negara menggunakan bahasa yang berbeza untuk papan tanda jalan,
“Perbuatan mereka ini sungguh kurang ajar dan mencabar perlembangaan negara.
“Kami berharap tiada lagi berlaku di negeri-negeri lain,” katanya.
Untuk rekod Malaysia mempunyai lebih 23 etnik berbilang kaum diseluruh negara.
Oleh itu, Bahasa Malaysia telah dipilih menjadi bahasa kebangsaan, Bahasa rasmi negara ini.
Sebelum ini media melaporkan seorang penduduk Shah Alam mempersoalkan mengapa mesti papan tanda nama jalan di kawasannya bertulisan bahasa Cina.
Individu ini juga mempersoalkan mana hilangnya tulisan Jawi yang sebelum ini digunakan pada papan tanda nama jalan itu.
Beberapa keping gambar juga di muat naik pada paparan Twitter itu dan tular di media sosial.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han mempertahankan papan tanda jalan itu dengan alasan ia sudah wujud sejak beberapa tahun lalu.
Hari ini, satu mesej tular menunjukkan surat oleh pejabat Sultan Selangor yang mentitahkan semua papan tanda jalan yang berbahasa cina diturunkan dan ditukarkan kepada Bahasa Malaysia sahaja.
Didalam surat yang tular itu tertulis, kerja-kerja haruslah dijalankan segera dan selesai sebelum majlis keputeraan Sultan Selangor yang dijadualkan pada 11 Disember ini. -MalaysiaGazette
Artikel Oleh : Malaysia Gazette
PPIM SOKONG TITAH SULTAN SELANGOR
http://malaysiagazette.com/blog/2018/11/19/ppim-sokong-titah-sultan-selangor/