Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM SUMBANG VAN JENAZAH UNTUK KEGUNAAN PENDUDUK KAMPUNG RAJA HILIR – UTUSAN MALAYSIA – 24/07/2022
25 Jul 2022

MACHANG: Penantian lebih 20 tahun penduduk Kampung Raja Hilir di sini, untuk memiliki sebuah van jenazah akhirnya menjadi kenyataan selepas impian itu direalisasikan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri berkata, dengan adanya kemudahan itu penduduk tidak lagi perlu menggunakan kenderaan sendiri untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.

Menurutnya, van jenazah tersebut adalah hasil sumbangan orang ramai yang dikumpul menerusi platform atas talian iaitu sumbangan.com.

“PPIM menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penderma yang telah membantu merealisasikan penduduk di sini untuk memiliki sebuah van untuk memudahkan urusan pengkebumian.

“Selain itu, kita turut mendapat kerjasama KINGZ Motorcycle Group (KINGZ MG) menerusi program Konvoi ‘Charity Ride’ yang turut membantu mengumpulkan sumbangan dalam menjayakan misi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Siti Khadijah memberitahu, selain van jenazah pihaknya dengan kerjasama KINGZ MG turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM65,000 untuk membaik pulih madrasah Kampung Tirok.

Katanya, sumbangan itu diharapkan mampu memberikan keselesaan kepada penduduk untuk mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti dakwah dan keagamaan selepas ini.

“Selain KINGSZ Motorcycle Group, kami turut mendapat sokongan daripada Berqat.com, ICON Production, Zara Awliya dan Harley Davidson Kuala Lumpur (HDKL).

“Orang ramai yang ingin menyumbang boleh melayari  platform sumbangan.com dan kami menyasarkan mensasarkan untuk menambah sebanyak 10 buah lagi van jenazah kepada pihak yang memerlukan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

PPIM SUMBANG VAN JENAZAH UNTUK KEGUNAAN PENDUDUK KAMPUNG RAJA HILIR

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/ppim-sumbang-van-jenazah-untuk-penduduk-kampung-raja-hilir/