Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) merasa amat kecewa dan menentang sebarang tindakan yang berbaur pembelotan terhadap kedaulatan institusi Diraja apabila ada pihak yang bebas memulakan usaha membuat petisyen konon telah hilang kepercayaan terhadap YDPA.
Petisyen ini adalah jelas melanggar peruntukan dalam Akta Hasutan yang mencabar institusi Raja Berperlembagaan yang kita junjung selama ini.
PPIM menyeru dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan yang segera terhadap golongan yang derhaka ini.
Kedaulatan undang-undang yang menjadi salah satu prinsip Rukunegara telah banyak kali dicabar dan mereka yang mencabar atau mempersoalkannya tidak layak menjadi rakyat Malaysia.
Perbuatan khianat ini juga akan mencetuskan suasana yang tegang serta mencabar keamanan dan semangat Keluarga Malaysia.