Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM TERIMA 300 ADUAN KESAN VAKSIN – WACANA.MY – 14/01/2022
18 Jan 2022

KUALA LUMPUR, 14 Jan 2022- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerusi platform yang disediakan mereka telah menerima 300 aduan awam termasuk kematian dipercayai berkait selepas menerima suntikan vaksin dan dos penggalak.

Data itu diperolehi oleh PPIM yang membuka pusat penyelarasan semua laporan awam berikutan nasib mereka yang mendapat kesan sampingan selepas suntikan tidak terbela.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kebimbangan dan kegusaran pelbagai lapisan rakyat ini wujud setelah mereka menyaksikan sendiri sahabat, saudara, anak yang meninggal dunia selepas menerima suntikan, walaupun kes itu tidak didedahkan media.

“Amat menakutkan kita, amalan ketika ini seolah communist state, “dipaksa” menerima suntikan jika tidak akan membataskan pergerakkan kerana semua tempat tuntut sijil vaksinasi, tidak lama lagi tuntut dos penggalak ketiga dan keempat.

“Kita ambil tindakan mahkamah ke atas Kementerian Kesihatan Malaysia sebab kami tanya mereka tak jawab contohnya apa kandungan vaksin, sebab ada kajian antarabangsa yang mendakwa ada ledakan penyakit selepas lima ke enam bulan suntikan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyerahkan Memorandum Bantahan Akta 342 kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn di sini hari ini

“Seramai 200 doktor menyatakan kepada kami tidak senang dengan perkembangan ini, tambah lagi isu kematian banduan di Penjara Kajang, itu baru satu penjara, penjara lain tak didedahkan ke kesannya?,” katanya pada sidang media ketika menyerahkan Memorandum Bantahan Akta 342 kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato’ Onn di sini.

Nadzim berkata, bantahan terbabit dibuat atas beberapa faktor berkaitan kepentingan masyarakat, isu vaksin serta data tidak mencukupi bagi mewajibkan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima suntikan pelalian itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau faham kenapa PPIM terpaksa menggunakan saluran politik berikutan ia usaha terakhir untuk mengetengahkan suara kebimbangan rakyat.

“Ramai beranggapan apabila Perdana Menteri datang daripada UMNO ramai menganggap UMNO mendokong semua saranan kerajaan, namun sebagai parti yang prihatin kita pastikan kebimbangan rakyat itu didengar, dibincang dan lakukan yang terbaik.

“Saya yakin setiap keputusan UMNO itu adalah memihak kepada rakyat,” katanya.

Artikel oleh: Wacana.my

PPIM TERIMA 300 ADUAN KESAN VAKSIN

https://wacana.my/ppim-terima-300-aduan-kesan-vaksin/