Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM TERIMA 50,000 PERMOHONAN BANTUAN DI SELURUH NEGARA – UTUSAN MALAYSIA – 03/07/2021
05 Jul 2021

KLANG: Sebanyak 50,000 permohonan bantuan makanan diterima Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) daripada orang ramai di seluruh negara berikutan terhimpit dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jumlah itu dikatakan meningkat menandakan semakin ramai terkesan dengan pandemik Covid-19 seperti kehilangan atau pengurangan pendapatan sehingga terputus bekalan makanan.

Hal itu dinyatakan Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan yang memaklumkan berbanding permohonan diterima, sebanyak 25,000 bantuan berupa kotak makanan yang dinamakan sebagai Infaq Rezeki dapat disalurkan kepada golongan memerlukan di seluruh negara.

“Kita menyampaikan Infaq Rezeki hasil daripada sumbangan orang ramai. Seandainya tidak mencukupi kita berharap lebih ramai tampil membantu golongan memerlukan.

“Pada saat ini kita jangan sangat berkira kaedah untuk membantu atau meminta bantuan. Permohonan bantuan sama ada dengan media sosial, bendera putih kita alu-alukan tanpa banyak syarat,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kotak makanan Infaq Rezeki PPIM kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kampung Perepat, Kapar, Klang hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru orang ramai supaya peka dengan keadaan jiran dan komuniti setempat bagi memastikan tiada keluarga yang terputus bekalan makanan disebabkan masalah kewangan.

Sementara itu Setiausaha Pertubuhan Maulid Ad Dibaei, Mohd.Fadzil Mokhtar berkata, pihaknya akan mengambil inisiatif bekerjasama dengan PPIM untuk mengesan golongan yang memerlukan bantuan supaya segera dibantu.

“Kita akan menggerakkan ahli untuk menyampaikan sumbangan kotak makanan ini kepada golongan sasaran yang kita sudah kenal pasti,” katanya.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

PPIM TERIMA 50,000 PERMOHONAN BANTUAN DI SELURUH NEGARA

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/ppim-terima-50000-permohonan-bantuan-di-seluruh-negara/