Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM TERIMA ADUAN CAJ MELAMPAU SYARIKAT TELCO – SINAR HARIAN – 5/9/16
05 Sep 2016

SEDAR-sedar kredit kena telan padahal tak banyak panggilan atau mesej dibuat.

“Hmmm…kuota internet kena ditambah lagi.”

Ini antara rungutan pengguna berikutan berlaku ‘harga tersembunyi’ syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini yang boleh dikatakan berada di tahap melampau dan amat misteri.

Ini belum lagi mengenai mutu perkhidmatan yang tidak konsisten. Walaupun pengguna tidak berjaya menghubungi seseorang dan talian terputus, namun caj tetap dimasukkan dalam bil!

Masalah membabitkan caj telco ini sebenarnya sudah lama membelenggu fikiran rakyat Malaysia dan ia sukar dipantau oleh pengguna sendiri.

Sampai bila rakyat Malaysia akan menghadapi permasalahan ini?

 

sinar (kredit kne telan)

sinar (caj melampau syarikat telco)

sinar (telco melampau)

sinar (caj melampau)

sinar ( telco)