Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM TERIMA SUMBANGAN BUKU “THE SILENT ROAR: A COVID AWAKENING IN THE LION CITY” UNTUK EDARAN PERCUMA – PPIM – 15/07/2026
16 Jul 2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima sumbangan sebanyak 100 naskhah buku bertajuk “The Silent Roar: A Covid Awakening in the Lion City” hasil karya aktivis dari Singapura, Iris Koh.

Penyerahan buku ini disampaikan melalui wakil di Malaysia, sebagai usaha untuk berkongsi pengalaman dan perspektif berhubung isu pandemik COVID-19 yang pernah melanda dunia. Buku ini mengangkat kisah sebenar yang dilalui oleh Iris Koh, termasuk pengalaman beliau berdepan proses perundangan selepas didakwa di mahkamah atas tuduhan berkaitan pemberian vaksin yang didakwa tidak sah.

Menurut maklumat yang diterima, Presiden PPIM, Toqqi@NadzimJohan, telah diminta untuk mengagihkan kesemua naskhah buku ini kepada orang ramai secara percuma sebagai bahan bacaan dan rujukan umum.

PPIM melihat sumbangan ini sebagai satu usaha membuka ruang kepada masyarakat untuk memahami pelbagai sudut pandang serta pengalaman individu sepanjang tempoh pandemik, sekaligus menggalakkan pemikiran kritis dalam kalangan rakyat.

Dalam masa yang sama, pihak penyumbang turut memohon kerjasama bagi memudahkan proses pengambilan buku tersebut memandangkan jumlahnya yang terhad. Urusan pengambilan akan diselaraskan antara pihak PPIM dan wakil penyumbang bagi memastikan proses berjalan lancar.

PPIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Iris Koh atas sumbangan ini, dan berharap ia dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh masyarakat.

“Ilmu untuk semua, kesedaran untuk bersama.”

#PPIM#PersatuanPenggunaIslamMalaysia#KesedaranPengguna#IlmuUntukSemua