KUALA LUMPUR – Nasib ibu beranak tujuh, marsyila Zakaria, 35, yang dihimpit kemiskinan teruk sehingga terpaksa bersahur dengan nasi berlaukan garam menyentuh hati Datuk Nadzim Johan yang mengadakan kunjungan mengejut melawat keluarga malang berkenaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak Bandar Tasik Selatan.