Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM Tubuh Biro Guaman Bela Nasib Pengguna – Bernama – 20/5/2017
20 May 2017

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan Biro Undang-undang dan Kad Kaunseling Guaman PPIM (KAGUM) bertujuan memberi khidmat guaman pada kadar rendah kepada pengguna yang menjadi mangsa penipuan.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata usaha itu dijalankan dengan kerjasama Malaysian Humanitarian Organisation (MHO).

Selain membantu pengguna mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menipu, ia juga bertujuan membantu pengguna mendapatkan kaunseling guaman sebelum melakukan transaksi atau pelaburan