Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM YAKIN LARANGAN PENJUALAN ARAK AKAN DIPERLUAS KE SEMUA NEGERI – KOSMO – 27/11/2020
30 Nov 2020

CYBERJAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yakin larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka akan diperluasakan di seluruh negara.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata tiada sebab untuk tidak melaksanakannya kerana semua sedia maklum kesan minuman keras berkenaan.

Katanya, lebih banyak keburukan telah terjadi ekoran minuman keras daripada kebaikan dan larangan penjualannya adalah langkah yang tepat.

“Tiada sebab untuk kita takut, saya rasa negeri-negeri lain juga akan melaksanakan keputusan seumpama ini,” katanya selepas Majlis Menandatangani Projek Muslim Village Malaysia bersama Perbadanan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Sdn. Bhd. di Malakat Mall di sini hari ini.

Nadzim berkata, bantahan larangan penjualan minuman keras itu sudah lama dibangkitkan namun tiada tindakan secara serius diambil sehingga larangan tersebut dikuat kuasakan baru-baru ini.

“Kita sebagai masyarakat perlu bersuara, kita mampu lakukan dan ia tidak mustahil,” katanya.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan garis panduan baharu mengenai lesen minuman keras berkuat kuasa Ahad lalu.

Antara lain, garis panduan tersebut menetapkan bahawa kedai runcit dan kedai serbaneka tidak lagi dibenarkan menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan.

Artikel oleh: Kosmo

PPIM YAKIN LARANGAN PENJUALAN ARAK AKAN DIPERLUAS KE SEMUA NEGERI

https://www.kosmo.com.my/2020/11/27/ppim-yakin-larangan-penjualan-arak-akan-diperluas-ke-semua-negeri/