Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPZ-MAIWP, PPIM JAYAKAN KEMPEN GALAK PEMBAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN – BERNAMA – 7/3/18
07 Mar 2018

Bernama ( zakat )

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) kini menjayakan Kempen Sokong Peniaga Pembayar Zakat Perniagaan (SPPZ) 2018 yang bertujuan menggalakkan pembayaran zakat terutamanya zakat perniagaan dalam kalangan peniaga dan pemilik syarikat.

Pengerusi PPZ-MAIWP Datuk Che Mat Che Ali berkata kempen selama tiga bulan yang berakhir 15 Mei ini dijalankan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

“Bagi menjayakannya kita turun padang, berkunjung dari pintu ke pintu untuk perjumpaan bersama peniaga dan masyarakat dalam memberi kesedaran kepada peniaga tentang kewajipan menunaikan Rukun Islam keempat ini.

“Selain itu kempen ini diharap dapat mengingatkan para peniaga mengenai hikmah membayar zakat bagi tujuan menyucikan harta,” katanya kepada pemberita selepas menjayakan kempen itu dengan menemui para peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Wisma Yakin di sini hari ini.

Yang turut hadir adalah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Abdul Hakim Amir Osman dan Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Che Mat berkata kempen itu juga bermatlamat meningkatkan prospek zakat bagi menambah kutipan pembayaran zakat serta mendekatkan masyarakat peniaga dengan PPZ-MAIWP serta menjauhi ejen zakat tidak bertauliah.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung zakat khususnya zakat perniagaan boleh menghubungi talian Zakat 1-300-88-5757 atau melayari www.zakat.com.my.

Artikel Oleh : Bernama

PPZ-MAIWP, PPIM JAYAKAN KEMPEN GALAK PEMBAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1441799