Dari kiri Dato Abdul Manaf (bekas CEO Bank sebuah Bank Islam), Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dan Haji Sheikh Karim.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima banyak aduan berkaitan perkhidmatan yang diberikan oleh perkhidmatan perbankan Islam terutama dalam kes rumah terbengkalai yang berlaku dari tahun 2005 sehingga 2011 yang mana ramai pembeli rumah masih kekal bankrap walaupun kesalahan dilihat berlaku oleh kelemahan bank.
Apa yang diharapkan ialah agar Institusi Kewangan Islam Negara yang diselia Majlis Penasihat Syariah (MPS) perlu meneliti kembali syarat dan kuasa oleh bank-bank yang menyediakan Perbankan Islam. Beberapa amalan bank dilihat tidak beretika serta telah tersasar daripada matlamat sebenar dalam mengangkat institusi perbankan berlandaskan hukum syarak.