Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dijemput bagi memeriahkan Program Bakar Lemang Patriot Bersama Abang Bomba Kuala Lumpur yang berlangsung di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur.
Program yang diadakan sebagai salah satu tanda jalinan kerjasama bersama PPIM, Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dan Jabatan Bomba ini dilihat mampu mengeratkan lagi hubungan antara tiga pihak ini.