PROGRAM MALAYSIA QURAN HOUR – MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN – 19/6/2017
20 Jun 2017
PUTRAJAYA – Program Malaysia #QuranHour yang disertai oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan telah berlangsungnya di sini. Program telah dimulakan pada jam 12 tengah hari dengan bacaan surah al-Fatihah disusuli dengan surah al-Baqarah oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Program kemudian diteruskan dengan bacaan 24 surah oleh 24 tokoh.
Antara 24 tokoh tersebut adalah Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof Emeretus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali, Ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor, Qari Junior Harith, Tahfiz Muda Aqil, Munif Ahmad, PU Amin dan vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat.
Program selama sejam ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran 5,000 peserta yang berkumpul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Berangkat sama dalam majlis penuh bersejarah ini ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Baginda diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.
Para tetamu yang hadir di program ini terdiri daripada kalangan VVIP, wakil dari agensi, pelajar sekolah, kolej serta orang awam.
Post Views: 265