Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PROGRAM ZERO HUNGER PPIM AGIH PEK MAKANAN – HARIAN METRO – 14/05/2020
14 May 2020

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan pek makanan kepada hampir 1,000 penerima hari ini.

Ia termasuklah sumbangan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Persatuan Kebajikan Industri E-Hailing Malaysia dan kakitangan The New Straits Time Press (M) Berhad.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, ia adalah siri sumbangan pihaknya yang bekerjasama dengan Gardenia Bakeries untuk Program Zero Hunger yang bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

“Kita dapati dalam waktu yang mendesak sebegini, ramai yang tampil membantu agensi berwajib dan petugas barisan depan. Ini satu perkembangan yang sangat baik.

“PPIM juga sebagai badan bukan kerajaan yang berurusan dengan orang ramai ingin mempromosi nilai murni ini kerana ia bukan saja untuk waktu PKP ini, dalam seluruh kehidupan kita,” katanya hari ini.

Nadzim berkata, program seperti itu akan diteruskan pada masa depan dan PPIM mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakannya.

Katanya antara fokus utama ketika ini ialah membantu pemandu e-hailing mendapatkan pembelaan ke atas pelbagai masalah yang dihadapi.

“Seperti juga sumbangan makanan ini, ia adalah isu kemanusiaan yang perlu kita beri perhatian. Insya-Allah, kita dapat membentuk masyarakat yang berakhlak mulia bermula dengan sumbangan kecil-kecilan,” katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

PROGRAM ZERO HUNGER PPIM AGIH PEK MAKANAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/578442/program-zero-hunger-ppim-agih-pek-makanan