Pada 6 Julai 2019 yang lalu, PPIM telah memperkenalkan Program Ziarah Mahabbah PPIM untuk Sukarelawan PPIM bersempena dengan kempen “Perjuangan Bersama Demi Pengguna” yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Ini merupakan program pertama yang akan dianjurkan oleh Biro Sukarelawan PPIM, di mana ianya bertujuan untuk menyatukan dan memperkasakan semangat kesukarelawanan diantara Sukarelawan PPIM sekaligus menanam nilai tanggungjawab sosial ke atas masyarakat.
Ketua Aktivis PPIM, toqqi turut mengambil peluang ini untuk bertemu dan beramah-mesra dengan Sukarelawan PPIM dan pelatih-pelatih PDK Semenyih, serta menyumbang sedikit bantuan untuk Bengkel Kraftangan dan Bengkel Jahitan Pertubuhan Pemulihan OKU Dalam Komuniti Semenyih (PDK Semenyih).