Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PROMOSI ARAK, GRAB TAK SENSITIF – PPIM – BULETIN TV3 – 26/04/2024
27 Apr 2024

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menyelar syarikat Grab berhubung tindakannya mengadakan kerjasama dengan jenama arak antarabangsa.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata kerjasama itu mengecewakan rakyat kerana syarikat itu tidak menunjukkan sensitiviti terhadap penduduk Islam yang menjadi sebahagian besar pemandu Grab di negara ini.

Katanya, Grab seharusnya lebih peka terhadap perkara-perkara membabitkan umat Islam kerana sudah lama bertapak di negara ini.

“Ramai di antara pemandu Grab adalah beragama Islam dan tindakan kerjasama dengan jenama arak itu jelas mencabar agama Islam yang merupakan agama persekutuan.”

“Penyedia platform itu juga langsung tidak mempedulikan keresahan masyarakat. Dalam promosinya itu, seolah-olah peminum tak perlu fikirkan tentang pemanduan ketika mabuk kerana Grab sedia menawarkan khidmat pemanduan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Nadzim turut mencadangkan agar semua pemandu Grab yang beragama Islam untuk memilih platform lain yang lebih wajar dan tidak mencabar kedudukan Islam dan umatnya di negara ini.

“Banyak lagi platform yang menawarkan peluang yang sama dan amatlah wajar mereka memilihnya,” katanya sambil menyeru seluruh pengguna Islam memboikot penggunaan Grab bagi memberi lebih kesedaran mengenai isu itu.

Artikel oleh: Buletin TV3

PROMOSI ARAK, GRAB TAK SENSITIF – PPIM

https://www.buletintv3.my/nasional/promosi-arak-grab-tak-sensitif-ppim/